Pierre Andre Pilih Nurul Ekasari Untuk Filem Chantek

Pierre Andre Pilih Nurul Ekasari Untuk Filem Chantek

Filem genre romantik komedi,

Chantek merupakan filem terbaru arahan Pierre Andre selepas kali terakhir dia muncul dengan buah tangan arahannya yang berjudul al-Hijab dari genre seram.

Ini merupakan filem kedua dari Pierre Andre di bawah Empat Samudra.

Apa yang istimewa mengenai filem ini,

Chantek menampilkan aktres dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin di samping Pierre sebagai heronya.

“Dalam filem Chantek, saya memang mahukan wanita Indonesia untuk bawa watak ini. Bukannya saya tidak boleh mengambil pelakon Malaysia untuk bawakan watak orang Indonesia tapi, untuk kita menjiwai sebagai orang Indonesia harus mengambil masa yang lama.”

– Pierre Andre –

Menurut Nurul Ekasari,

Sebagai seorang warga Indonesia, sememangnya watak Chantek tidak terlalu berat bagi dirinya.

Beliau juga masih baru dalam industri hiburan di Indonesia. Memang mungkin watak ini tidak terlalu mencabar tapi untuk mengumpul pengalaman baharu, dia tidak boleh terlalu memililh.

Nurul baru mempunyai dua tahun pengalaman dalam dunia lakonan.

Sebenarnya, Nurul Ekasari mula melangkah menjadi pelakon setahun selepas tamat pengajiannya di universiti.

Beliau memegang Sarjana Komunikasi Utama dalam Penyiaran ini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dengan membintangi sinetron KTP2 selain dua buah filem iaitu Bait Surau dan Soulquest serta empat buah telemovie.

Hye Bro…!!!

Apa pandangan Bro mengenai lakonan Nurul Ekasari?

Sepanjang bro menonton filem ini dari mula, bro nampak kekuatan yang disampaikan oleh watak Chantek yang dilakonkan oleh Nurul Ekasari.

Watak tidak terlalu berat, bak kata Pierre. Nurul mempunyai muka dan perwatakan yang ada naif, ini membuatkan dia memang sesuai memegang watak Chantek.

Dan ini membuatkan bro teringin nak mencari pembantu rumah dari Indonesia secantik Nurul Ekasari.

Bro sokong lakonan beliau dan tahniah buat Pierre Andre untuk filem ini.

Jangan lupa menonton filem Chantek pada 16 Febuari 2012. Untuk trailer anda boleh menonton di sini.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga