Rita Rudaini menuntut pengguna Twitter membuat permohonan maaf

Rita Rudaini menuntut pengguna Twitter membuat permohonan maaf

Rita Rudaini yang merupakan pelakon dan isteri kepada pemain bola Aidil Zafuan , menuntut pengguna Twitter ( @bob_azuan ) memohon maaf atas apa yang dilakukan iaitu menghina , menfitnah dan memalukan beliau di laman twitternya.

Saya menuntut pemilik akaun twitter tersebut memohon maaf dengan segera. Saya telah diaibkan dengan kata-kata kesat dilemparkan melalui laman sosial tersebut.

Antara kata-kata kesat yang dilontarkan termasuklah dengan menggelarkan beliau ‘Ritaik’ .   Pemilik akaun tersebut juga menggunakan gambar adik iparnya , Zakuan Adha juga mendakwa akan membongkarkan kisah dan gambar untuk tujuan mengaibkan.

Rita memaklumkan bahawa pengguna itu telah pun memohon maaf melalui salah seorang sahabatnya setelah dihentam teruk oleh peminat beliau. Namun , beliau ingin pengguna tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka .

Pemilik akaun tersebut merupakan jurugambar yang bekerja di syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zakuan Adha dan Ayu Raudhah ketika menjalani drama di Sabak Bernam.

Bagi Rita individu tersebut tidak berhak untuk mencampuri urusan rumah tangga beliau.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments