Sinopsis Filem Chantek Pada 16 Febuari 2012

Sinopsis Filem Chantek Pada 16 Febuari 2012

Entry ini khas untuk mempromosikan Filem Chantek arahan Pierre Andre yang bakal ditayangkan pada 16 febuari 2012.

Gandingan Pierre Andre bersama heroin dari Indonesia – Nurul Ekasari (model)

Di sini bro kongsikan sipnosis bersama-sama dengan beberapa gambar yang mampu memberi anda gambaran mengenai filem ini.

Sinopsis Filem Chantek:

AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang.

Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua,

CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK.

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

Jom layan trailer filem ini

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga