Chow Kit – Bakal Ulang Kecemerlangan Songlap

Chow Kit – Bakal Ulang Kecemerlangan Songlap

Sudahkah anda menonton Filem Songlap?

Jika sudah, apakah pandangan anda mengenai filem bercorak sedemikian? Filem agak berat tetapi mempunyai pengisian dan perkara yang dikongsikan merupakan isu realiti yang sebenarnya kita lalui.

Mungkin,

Sudah tiba masanya kita menerima filem bergenre sedemikian. Kali ini Grand Brilliance membawa Filem Chow Kit yang dijangka mampu meneruskan kecemerlangan filem Songlap.

Sinopsis

Sekumpulan remaja yang terbiar dan liar harus mengharungi kehidupan yang hitam di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu padu bagi mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang ahli bekas kumpulan Chow Kit yang baru di bebaskan dari hukuman penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru tetapi terjebak kepada kehidupan silam apabila dia bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.

Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti memilih antara kebebasan atau meringkuk di dalam penjara semula.

Sepanjang bro berblog, bro tidak pernah menerima apa-apa jemputan dari Grand Brilliance. Mungkin blog HyeBro! ini masih belum mampu memberi impak kepada industri hiburan dan perfileman negara.

Kredit info : Kakiwayang.com

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga