Elly Mazlin Tunda Nikah Bersebab

Elly Mazlin Tunda Nikah Bersebab

Penyanyi dan pelakon yang bersih daripada gosip sejak 5 tahun kebelakangan ini ,

Elly Mazlin dan tunang yang merupakan seorang pengarah drama dan filem , Azmi Hatta, dikatakan menunda tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada bulan Februari kepada bulan Disember.

Adakah mungkin mereka tidak mahu berkongsi tumpuan memandangkan pada bulan tersebut ada beberapa pasangan artis yang melangsungkan majlis pernikahan?

Beliau mengulas

Memang pada hari pertunangan kami memberitahu bahawa pernikahan bakal diadakan pada bulan Februari tetapi itu hanyalah rancangan yang belum ada kata putus.

 

Disebabkan kedua-dua mereka sibuk , majlis terpaksa ditunda kepada bulan Disember.

17 Disember merupakan tarikh lahir Elly tetapi disebabkan hari tersebut adalah hari biasa beliau bercadang untuk membuat pada hari Sabtu agar saudara yang dari jauh dapat hadir ke majlis beliau . Majlis mungkin dibuat pada pertengahan bulan Disember.

Tarikh belum pasti namun pada bulan April masa diperuntukkan untuk membuat persiapan sepenuhnya untuk majlis. Bulan April harus diuruskan beberapa perkara termasuklah berjumpa dengan pereka fesyen , perunding majlis dan macam-macam lagi yang perlu diuruskan .

Mengimbas kembali majlis pertunangannya yang berlangsung di dewan Bukit Kiara Equastrian Resort , Kuala Lumpur pada Jun yang lepas , ramai yang terpegun melihat kemewahan majlis tersebut dengan kereta kuda yang dinaiki oleh Elly .

Pasti majlis pernikahannya nanti lebih hebat daripada majlis tunang.

Mendengar kenyataan itu , beliau menjawab

Saya mempunyai impian dan tidaklah semata-mata menghabiskan duit untuk sebuah perkahwinan. Saya inginkan majlis yang dikenang tetamu sampai bila-bila. Saya bukan juga ingin berlawan dengan siapa dan bermewah-mewah tetapi hari bersejarah ini saya ingin buat yang terbaik .

 

Beliau akui bahawa beliau tidak sabar untuk bergelar seorang isteri . Disebabkan beliau menggemari nombor satu , justeru itu beliau bakal menerima wang hantaran sebanyak rm 11, 111, 11.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments