Fasha Sandha telah mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik
– Fasha Sandha –
Beliau berkata sedemikian bagi mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa yang mula tersebar di Internet.
Fasha enggan mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwina mereka. Ini kerana beliau belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments