Liyana Jasmay Kahwin Tahun Depan

Liyana Jasmay Kahwin Tahun Depan

Liyana Jasmay, pelakon dan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Aku Tak Percaya Cinta’ ini telah mengorak langkah yang lebih matang di usia seawal 20-an ini apabila keputusannya ingin menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan tahun hadapan. Bibit hubungan yang bermula daripada status jiran kini akan diikatkan dengan majlis pertunangan yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan.

Liyana Jasmay yang lebih bergiat aktif berlakon sekarang.

“Semuanya berlaku dengan sangat pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh. Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya.” kata Liyana.

Liyana yang pernah dikaitkan pernah ada hubungan bersama pengarah muda Syamsul Yusof dan penyanyi realiti tv, Aizat Amdan mengakui segalanya bergantung pada jodoh.

Difahamkan adat merisik telah dilangsungkan dalam upacara tertutup minggu lepas. Semoga rancangan Liyana dan pasangannya dipermudahkan.

kredit: OhBulan

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments