NIdji, D’Masiv, Geisha & Astrid Adakan Persembahan di Malaysia

NIdji, D’Masiv, Geisha & Astrid Adakan Persembahan di Malaysia

Kumpulan Geisha yang terkenal dengan lagu 'Cinta dan Benci'

Pada 8 Mac 2012, Malaysia bakal digegarkan dengan kehadiran 4 bintang popular terkini dari Indonesia selama 5 hari berturut-turut untuk aneka promosi album terbaru dan persembahan khas untuk peminat yang tak putus memberi sokongan.

Keempat-empat artis ternama ini bakal mempromosikan produk terbaru mereka yang merupakan album dan single terbaru, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid dengan albumnya Tentang Rasa serta D’Masiv bersama album Persiapan.

Manakala Geisha yang pernah datang ke Malaysia untuk mempromosikan album Meraih Bintang yang menampilkan lagu popular mereka Cinta dan Benci terus meraih sokongan rakyat tempatan menampilkan satu lagi single seterusnya Remuk Jantungku

nidji
Nidji yang bakal mempromosikan album terbaru mereka 'Liberty'

Dua persembahan berbeza dijadualkan apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada HotfmBig Jam di Kuala Terengganu, mana kala D’Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secaraakustik pada Akustika Dahsyat dan Ceria, di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac 2012 jam8.30 malam, disertai kumpulan The Malayan sebagai artis undangan.

Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang diadakan di Dataran DatukBahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, jam 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Astrid yang menampilkan album terbarunya ' Tentang Rasa'

Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, acara sesi beramahmesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuahyang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan Sunday Nite Jam bersama Nidji dijadualkanberlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidakberkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.

Semoga kehadiran 4 artis popular dari Indonesia ini dapat memberi pendedahan yang lebih banyak serta mengeratkan jalinan hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang telah lama terjalin sejak dulu lagi.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments