20 Peserta ‘On Air’

20 Peserta ‘On Air’

Seramai 20 peserta akhir program On Air bakal memberikan saingan sengit apabila rancangan realiti itu mula disiarkan pada 23 Mei depan.

Seorang peserta akan disingkirkan pada setiap minggu selepas dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan.

Seorang atau lebih peserta yang lemah akan dipanggil dan diberikan peluang untuk membuat rayuan sebelum disingkirkan.

Keputusan penyingkiran akan dilakukan oleh Aznil, Normala dan seorang juri undangan yang dijemput setiap minggu.

Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selain beberapa hadiah sampingan lain.

Sepuluh peserta yang terpilih adalah:-

  1. Anas Farhan (21),
  2. Azfar (24),
  3. Che Kamarul (29),
  4. Hafizudin (23),
  5. Hafizul (26),
  6. Hakim (27),
  7. Hassanal (27),
  8. Hefny (25),
  9. Hilal (24)
  10. Norhafis (27).

Manakala sepuluh peserta wanita adalah :-

  1. Dahlia (24),
  2. Halizah (27),
  3. Harleena (26),
  4. Ishabellah (24),
  5. Malissa (26),
  6. Natrah (20),
  7. Norsiah (24),
  8. Norheda (31),
  9. Nurulhana (24)
  10. Syakirin (23).

Masih mengekalkan Karl Shafek sebagai hos untuk program Diari On Air pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

One thought on “20 Peserta ‘On Air’

Comments are closed.