‘Lintasan Bintang’ Single Terbaru Awanband

‘Lintasan Bintang’ Single Terbaru Awanband

AWANBAND dianggotai oleh 5 anak muda dengan pelbagai kelebihan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri. Kumpulan ini telah ditubuhkan sejak 4 tahun lalu dan telah menjadi kumpulan indi yang diminati ramai. Ini terbukti apabila angka dalam ‘Fan Page’ Facebooknya yang telah melebihi 10,000 ‘like’.

Mereka menjadikan HUJAN sebagai mentor juga berharap untuk meluaskan pengaruh mereka dalam bidang perniagaan dengan mengikut jejak langkah HUJAN yang telah pun mempunyai syarikat naungan sendiri, “MORNING ROCKET DISTRO”.

Terbaru, AWANBAND muncul dengan single kedua daripada album pertama mereka, AWANBAND, yang bertajuk LINTASAN BINTANG.

LINTASAN BINTANG merupakan sebuah lagu perlahan dengan mood rock alternatif. Dengan lirik dan nada oleh AWANBAND sendiri, lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Dipenuhi dengan bait-bait luahan hati yang berkelana, lagu ini berkongsi perasaan duka apabila ditinggalkan kekasih hati.

Single terbaru ini mendapat sambutan sejak mula dimainkan di corong corong radio sejak awal tahun ini.

Pada Tanggal 14 Mei yang lalu. AWANBAND telah menjalani pengambaran bagi klip video single kedua ini dengan menampilkan Tasha Shila, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012. Pasti ada yang menarik untuk anda!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments