Trailer Filem Halimmunan

Trailer Filem Halimmunan


Halim bin Munan (Fizo Omar) sering dibuli rakan-rakan kerana sifatnya yang lurus bendul dan namanya yang pelik. Malah Halim sendiri menganggap dirinya halimunan. Satu hari, halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati..

Untuk membersihkan namanya, halim bertemu seorang bomoh iaitu wak mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas wak mali menjawab salam tu, wak mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya.

Halim menjadi ‘halimunan’ selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat ‘dapat ilmu’, dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung.

Apakah nasib halim selepas itu?

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga