Konsert Sami Yusuf : Diskaun Tiket Untuk Pelajar

Konsert Sami Yusuf : Diskaun Tiket Untuk Pelajar

Penganjur Konsert Salaam Sami Yusuf melanjutkan tempoh diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian tiket di kalangan pelajar sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP), keputusan tersebut dibuat bagi memberikan masa yang mencukupi kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

Konsert sulung bintang lagu-lagu kerohanian antarabangsa ini bakal berlangsung pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pembelian boleh dilakukan dengan melayari laman web www.unic.my dan klik pada UNIC e-shop, dengan kemudahan pembayaran menerusi kredit kad atau sistem perbankan Internet.

Tiket-tiket yang sudah dibeli boleh ditebus di kaunter tiket stadium tersebut 13 Julai depan.

Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyanyi undangan.

Pada malam tersebut,

Mereka dijangka berduet dalam lagu berjudul You Came To Me yang turut dimuatkan dalam album terbaru Sami, Salaam.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga