Mael Lambong : Hak Eksklusif Zizan Razak

Mael Lambong : Hak Eksklusif Zizan Razak

Zizan Razak mempunyai hak eksklusif untuk idea watak Mael Lambong dan beliau rasa ia adalah sebuah idea yang harus dijaga dan menjadi miliknya.

Dalam masa yang sama, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada teman baiknya iaitu Johan di atas idea yang diberikan semasa perbincangan untuk pentas Maharaja Lawak sehingga tercetusnya nama Mael Lambong.

Beliau juga tidak menyangkakan watak Mael Lambong yang menjadi taruhan Jozan untuk Maharaja Lawak telah diangkat menjadi sebuah filem di bawah arahan pengarah berkaliber, Ahmad Idham.

Bagi Zizan,

Beliau mahukan sebuah karya yang dicipta oleh seseorang agar ia dijaga sebaiknya.

Oleh yang demikian, beliau telah memastikan hak watak Mael Lambong itu adalah miliknya sepenuhnya, manakala Ahmad Idham bertindak sebagai pengarah dan penerbit filem.

Jangan lupa menyaksikan filem Mael Lambong dipawangam berhampiran anda.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga