Majlis Kesyukuran Bersempena Kejayaan Hujan Di Pentas Akhir Versus

Majlis Kesyukuran Bersempena Kejayaan Hujan Di Pentas Akhir Versus

Baru-baru ini bro telah dijemput menghadiri majlis kesyukuran Kumpulan Hujan di Restoran Rebung, Bangsar.

Majlis kesyukuran ini bersempena dengan kejayaan Hujan pada pentas akhir Versus baru-baru ini.

Kumpulan Hujan berkata,

Pencapaian sebagai juara program realiti Versus pada 1 Jun lalu bukan kayu ukur yang membuktikan kehebatan mereka dalam industri muzik tanah air.

Kejayaan dalam pertandingan itu adalah permulaan dan motivasi untuk mereka mengorak langkah dalam bidang muzik yang telah mereka ceburi sejak enam tahun lalu.

Majlis kesyukuran ini dianjurkan pengurusan kumpulan terbabit iaitu Morning Rocket bersama 300 ahli kelab peminat Raingers.

Pada malam kemuncak Versus yang disiarkan di TV9 pada 1 Jun lalu, Hujan mendapat undian tertinggi sebanyak 50.6 peratus mengatasi empat lagi kumpulan iaitu Go Gerila, Sofazr, Sixth Sense dan Black Parallax.

Mereka turut membawa pulang wang tunai RM200,000.

Tahniah buat Hujan.

Noh Hujan bersama isterinya Mizz Nina (Mizz Nina sedia mengandung tahun depan)

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga