Temui Imran Ajmain Live di Hard RockCafe 15 Julai 2012

Temui Imran Ajmain Live di Hard RockCafe 15 Julai 2012

imran ajmain

Pasti ramai yang menunggu kemunculan Imran Ajmain yang dahulunya terkenal dengan lagu ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’.

Kini Firefly mempersembahkan showcase Imran Ajmain, “Live @ Hard Rock Cafe” khususnya buat para peminat beliau. Imran Ajmain kini artis dibawah pengedaran Life Records bermula semenjak pertengahan tahun 2012 ini. Showcase ini bakal berlangsung pada 15hb Julai 2012.

Pihak Hard ROck Cafe memberi kepercayaan penuh buat Imran untuk menjayakan acara tersebut. Beliau meminta bantuan Faz Aznam, seorang gitaris untuk memegang jawatan pengarah muzik bersama kumpulan berempatnya, Thing One.

Imran Ajmain banyak menempa nama melalui lagunya ‘Seribu Tahun’ yang mula berkumandang di corong-corong radio Malaysia. Namun begitu, beliau terlebih dahulu dikenali di Singapura.

bagi yang ingin membuat penempahan Tiket ke showcase ini:

Tarikh: 15 Julai 2012
Hari : Ahad
Masa : 3.00pm
Tempat: Hard Rock Cafe Kuala lumpur

Tiket : RM50.00 (belian awal) RM60.00 (dipintu)

Untuk penempahan tiket sila hubungi 03-2715 5555

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments