Reaksi Peminat Dengan Tersingkirnya Azwan Ali

Reaksi Peminat Dengan Tersingkirnya Azwan Ali

Azwan Ali , yang biasanya kita lihat di kaca televisyen kerana sesuatu yang di’sensasi’kan , kini kita dapat tonton aksinya dalam Masterchef Selebriti yang diadakan untuk edisi Malaysia yang pertama.

Perjalanan beraksi di dapur MasterChef berakhir apabila kumpulan biru yang diketuai oleh Fazley Yaakob mendapat tugasan untuk menyajikan masakan kegemaran Tan Sri P Ramlee yang agak mencabar dan mereka terpaksa melalui pusingan penyingkiran di mana ahli perlu menyediakan mee. Disitulah Azwan Ali disingkirkan.

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh penonton Masterchef tidak kurang ada yang hairan kenapa Azwan Ali tersingkir. Ada sebahagian yang bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana mereka berpendapat selebriti ini hanya tahu membuat sensasi dan drama.

Namun , sebahagian lagi kecewa dengan keputusan yang diambil kerana bagi mereka kehadiran Azwan Ali lah yang memeriahkan dan menceriakan dapur Masterchef. Oleh kerana adanya selebriti inilah , mereka lebih bersemangat menonton aksi MasterChef selebriti.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments