Akhil Hayy Tubuh Produksi Konsep Islam

Akhil Hayy Tubuh Produksi Konsep Islam


Pendakwah bebas Akhil Hayy merancang untuk menubuhkan sebuah produksi penerbitan drama, program atau filem berlandaskan ajaran Islam.

Konsep tersebut bukan sahaja hanya dalam karya yang mahu diterbitkan itu sahaja sebaliknya perlu dipatuhi merangkumi seluruh pekerja dan krew produksi termasuklah pelakon.

Bagi beliau,

Sudah tiba masanya untuk industri hiburan di negara ini berubah dan sebagai permulaan beliau mahu menubuhkan produksi yang bekerja dan menghasilkan karya mengikut cara Islam.

Sebagai contoh, kerja-kerja penggambaran masih lagi boleh berjalan seperti biasa tetapi apabila sudah sampai waktu solat, kita berhenti sebentar.

Begitu juga dengan pelakon-pelakon, mereka tidak perlu bersentuhan untuk sesebuah watak tetapi jika ia perlu, kita boleh fikirkan cara lain.

Konsep sebegini juga mestilah menjadi syarat tetap bekerja dan ia sekali gus dapat mengajak semua umat Islam dalam produksi berkenaan untuk mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti melakukan ibadat bersama-sama.

Perkara ini sebenarnya boleh dijalankan bagi mana-mana produksi sekali pun.

Terpulang kepada pengarah. Tetapi sayang sekali kita sebenarnya pegangan atau pandangan yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga