Anas Ridzuan (Mentor) Bakal Mempromosikan Lagu Sulungnya

Anas Ridzuan (Mentor) Bakal Mempromosikan Lagu Sulungnya


Anas Ridzuan (Mentor) bakal mempromosikan lagu sulungnya berjudul “Hanya Dirimu” di corong-corong radio dalam masa terdekat.

Lagu berentak santai ini dicipta Audi Mok, Omar K dan mentornya Faizal Tahir.

Kini ianya dalam proses pada peringkat akhir. Selepas musim Hari Raya ini mereka akan mula mempromosikan lagu tersebut.

Kerjaya nyanyiannya bertambah baik dan semakin dikenali ramai. Beliau mendapat undangan nyanyian di merata tempat secara konsisten sekarang.

Anas kini sibuk dengan latihan teater berjudul Kawan-Kawan Yang Kita Suka (KKYKS) yang akan dipentaskan bermula 5 hingga 9 September depan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Teater arahan Fasyali Fadzly itu turut membariskan Karl Shafek, Fazleena Hishamuddin dan Ameera Ramly.

Maklumat lanjut, layari laman Facebook dengan carian Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan Twitter #KawanKawanYangKitaSuka.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga