Astro Meraikan ‘Best of 1Malaysia’ Dengan 56 Tayangan Perdana

Astro Meraikan ‘Best of 1Malaysia’ Dengan 56 Tayangan Perdana

Astro akan meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dengan 56 tayangan perdana program-program baru daripada lebih 160 program melalui pelbagai saluran dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55.

Kempen NEGARAKU yang akan bermula dari 15 Ogos ke 17 September 2012 akan memperkenalkan satu saluran baru iaitu, ‘My Hometown’ (Saluran 318) yang meraikan kampung halaman rakyat Malaysia melalui video-video yang telah dihantar menerusi pertandingan ‘My Hometown’.

Dari 15 Ogos ke 17 September 2012, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton tayangan perdana program-program seperti :-

  • ‘Era Kegemilangan Sukan Negara (Era 50an – 90an)’ Astro Arena (Saluran 801),
  • ‘Agenda Awani – Banyak Etnik, Banyak Budaya & Satu Bangsa’ di Astro Awani (Saluran 501),
  • ‘Behind the Dialect Groups’ di Astro AEC (Saluran 301),
  • ‘The evolution of Music in Malaysian Tamil Films’ menerusi Astro Vellithirai (Saluran 211)

Kekayaan budaya dan variasi Malaysia juga akan ditonjolkan menerusi saluran-saluran antarabangsa Astro. Di antara program-program yang disediakan ialah :-

  • ‘Inside: Istana Negara’ di National Geographic Channel (Saluran 553),
  • ‘Revealed: Malaysia’s Majesty – Twice a King’ dalam Discovery Channel (Saluran 551),
  •  ‘Eye on Malaysia 2: Royal Carver’ dalam Discovery Channel (Saluran 551),
  • ‘Passage to Malaysia: Feast in the East’ di TLC (Saluran 707)
  • ‘Art and About’ di TLC (Saluran 707),
  • ‘Siti Nurhaliza’ menerusi BIO (Saluran 731),
  • ‘Special Forces: Malaysia GGK’ di HISTORY (Saluran 555).
  • ‘Last Journey To Sarawak’ di HISTORY (Saluran 555).

Untuk maklumat lanjut tentang program-program khas bagi Merdeka ini, sila layari www.astro.com.my/
NEGARAKU bermula 15 Ogos ke 17 September 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga