Fizo Omar Mahu Fokus Berniaga

Fizo Omar Mahu Fokus Berniaga


Pelakon Fizo Omar telah membuat keputusan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth International Group (MIG) sejak minggu lalu.

Ini kerana beliau ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Dia tidak berhasrat menyambung kontrak bersama syarikat produksi itu selepas dua tahun kerana komitmennya dalam bidang perniagaan selain enggan memberi masalah kepada mereka..

Beliau sedar jadualnya akan padat dengan pelbagai tanggungjawab dan belisu tidak ingin menyusahkan pihak MIG.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo juga memahami keputusan Fizo itu namun dia akan tetap bekerjasama jika mendapat tawaran sesuai dengan jadualnya.

Fizo bakal menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu F1ZO Enterprise yang bukan sahaja memfokuskan kepada penerbitan program tetapi juga terhadap promosi sosial media dan pemasaran makanan.

Beliau memang telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri sebagai salah satu jaminan masa hadapannya.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga