Hantu Gangster Ilham Dari Datuk – Namewee

Hantu Gangster Ilham Dari Datuk – Namewee

Pengarah muda, Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namawee mengakui filem kedua arahannya berjudul Hantu Gangster diilhamkan daripada cerita gangster daripada datuknya sendiri.

Cerita tersebut turut diangkat daripada kisah sebenar datuknya yang pernah berhadapan dengan ahli gangsterism satu ketika dulu.

Menurut datuknya, gangsterism zaman dahulu dan sekarang berbeza kerana perlunya menjadi gangster ketika zaman dahulu adalah untuk survived dalam hidup dan melindungi diri.

Berbeza dengan gangster zaman kini yang hanya mahu menggunakan kuasa semata-mata untuk menganaiya, bergaduh dan membunuh orang lain.

Dan ini yang beliau ingin tonjolkan dalam filem ini yang mana hantu-hantunya merupakan gangster pada zaman dahulu dan manusia adalah gangster zaman kini.

Selain mengarah, Namawee turut membintangi Hantu Gangster yang membariskan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan ramai lagi.

Meskipun mengangkat nama gangster dalam judul filemnya, namun, Namewee berkata ia bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi hanya kiasan kepada mesej perpaduan kaum di negara ini.

Kredit : Murai.com.my

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga