Imuda Kerugian RM7,000 Rumah Dipecah Masuk

Imuda Kerugian RM7,000 Rumah Dipecah Masuk

Pelawak terkenal tanah air, Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, dipecah masuk.

Namun Imuda, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

Dalam kejadian ini, bilik beliau berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan hilang.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

“Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur,” katanya.

Kredit : SinarHarian

Sempat lagi perompak tue beraya sewaktu merompak.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga