Jinbara Berlajar Berniaga Di Uptown

Jinbara Berlajar Berniaga Di Uptown


Baru-baru ini bro berkesempatan melawat gerai jualan yang dibuka oleh Kumpulan Jinbara di Uptown Sri Rampai Business Park.

Betul-betul berdepan dengan Oldtown Sri Rampai Business Park.

Sepanjang bro berada di sini, bro ditemankan oleh Cipot dan juga Akin.

Kumpulan Jinbara berniaga bersama dengan rakan kongsi mereka dengan kerjasama Persatuan Penjaja Kecil Dun Wangsamaju (Bahagian Setiawangsa).

Di sini mereka dapat memiliki tapak untuk berniaga di Uptown.

Ini merupakan langkah pertama mereka sebelum membuka premis mereka sendiri tidak lama lagi. Dalam masa menunggu premis niaga mereka siap, mereka mencari perluang dan ruang untuk berlajar berniaga.

Dengan ini, dapatlah mereka mendekati pelanggan (mungkin juga peminat) dan melayan pelbagai ragam pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Moga apa yang mereka lakukan, mendapat sokongan dari peminat mahupun rakan-rakan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga