Karl Shafek Mula Berjinak Dengan Teater

Karl Shafek Mula Berjinak Dengan Teater


Karl Shafek, pengacara dan pelakon yang meningkat naik sejak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.

Selepas cuti Hari Raya, beliau bakal sibuk dengan persiapan pementasan teater berjudul Kawan-Kawan Yang Kita Suka (KKYKS) yang akan dipentaskan bermula 5 hingga 9 September depan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pembabitan beliau dalam teater KKYKS adalah kali kedua di bawah arahan Fasyali Fadzly selepas pementasan 1 Plastik Hitam pada tahun lalu. Beliau terlibat dalam teater kerana mahu mengembangkan bakat dan kemahiran.

Selain Karl, teater mengenai keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan itu turut membariskan Anas Ridzuan (Mentor 6), Fazleena Hishamuddin dan Ameera Ramly.

Tiket masuk yang berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan.

Maklumat lanjut, layari laman Facebook dengan carian Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan Twitter #KawanKawanYangKitaSuka.

Hye Bro!

Bro mengenali Karl Shafek semasa menonton lakonannya dalam teater 1 Plastik Hitam. Memang lakonan beliau agak menarik.

Tak sabar untuk menonton teater yang akan datang ini. Bila yang menjayakannya adalah kawan-kawan yang bro suka.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga