Penerbit Filem Terima RM9.8 juta Rebat Duti Hiburan

Penerbit Filem Terima RM9.8 juta Rebat Duti Hiburan


15 penerbit filem tempatan menerima galakan kewangan melalui pulangan semula Rebat Duti Hiburan dan pembayaran Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) berjumlah RM9.8 juta.

Daripada 15 penerbit, hanya sembilan penerbit filem menerima pulangan Rebat Duti Hiburan berjumlah lebih RM7.2 juta manakala enam lagi menerima ITFC berjumlah hampir RM2.6 juta.

Rebat dan insentif ini diberi kepada 38 filem yang telah sempurna tayangannya pada 2010 dan 2011

Rebat duti dan insentif itu disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada majlis yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Sumber : Kosmo!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga