Remy Ishak mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon gara-gara terbawa-bawa watak Budi menerusi filem terbarunya berjudul 29 Februari.
Perkara itu terjadi selama sebulan selepas penggambaran tamat dan terpaksa berehat sepanjang tempoh itu bagi memulihkan emosi.
Beliau sendiri tidak tahu mengapa watak Budi begitu memberi kesan kepadanya sehingga tidak mampu melepaskannya . Ini terbawa-bawa ke alam realiti beliau walaupun telah selesai menjalani penggambaran.
Bagaimanapun perkara tersebut hanya berlarutan selama sebulan dan ia kembali seperti sedia kala selepas.
TKejadian mungkin berlaku kerana semasa penggambaran dia sentiasa berperang dengan watak tersebut yang memerlukan dia menukar ‘mood’ lakonan beberapa kali dalam sehari mengikut perjalanan cerita yang berubah mengikut tahun.
Filem 29 Febuari bakal ditayangkan kepada umum bermula 30 Ogos ini dalam tiga format berbeza iaitu 3D, 2D dan 35mm secara serentak di 79 buah pawagam di seluruh negara.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments