Tawaran Berlakon Banyak Diterima Kerana Misai – A Galak

Tawaran Berlakon Banyak Diterima Kerana Misai – A Galak

Pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini.

Beliau berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Syarikat tersebut memberi tawaran berlakon kerana misainya kerana wataknya sebagai penjual songkok cap misai.

Kerana faktor usia, misainya yang sudah beruban itu terpaksa diwarnakan menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas.

Namun katanya, kadang kala dia menjadi rimas kerana misai itu sering kali mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan.

Bercerita mengenai sejarah misai itu A Galak berkata ia bermula ketika penggambaran drama bersiri Roda Roda Kota Raya pada tahun 1990-an apabila pengarah drama itu, Datuk Yusof Haslam memintanya menyimpan misai.

Watak tersebut merupakan inspirasi seorang anggota polis trafik Jalan Bandar di sini bernama Sarjan Senin yang terkenal dengan misai lintangnya.

Sumber : mStar Online

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga