Adik Ahmad Idham Jadi Pengarah Runtun Qalbu

Adik Ahmad Idham Jadi Pengarah Runtun Qalbu

Pengarah muda, Ahmad Khalid Nadzri adik kepada pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri mula berjinak-jinak menjadi pengarah seperti abangnya.

Beliau akan mengarahkan drama bersiri terbarunya berjudul Runtun Qalbu yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan Kamal Adli.

Drama bersiri 13 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Zehra mulai 21 September ini dan akan disiarkan pada pukul 9 malam setiap Jumaat di TV3.

Khalid seorang pemegang ijazah dalam bidang pengarahan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) turut mengakui cara pengarahannya mempunyai persamaan dengan abangnya, Idham yang juga merupakan mentornya.

Perkara ini bukan disengajakan tetapi sudah terbiasa dengan gaya Idham yang bertindak membimbingnya selama ini.

Bukan niat beliau meniru cara arahan abangnya tetapi sebagai anak didiknya sudah tentu beliau terpengaruh serba sedikit dengan cara pengarahan abangnya.

Bagaimanapun beliau masih mempunyai kaedah tersendiri untuk membentuk sesuatu projek itu supaya ia tidak disamakan dengan karya abangnya

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga