Anugerah Blockbuster 2011 baru pertama kali diperkenalkan akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Ianya bakal berlangsung pada 6 Oktober ini dan proses penghakiman yang dibuat adalah berdasarkan pilihan penonton sendiri.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Berikut adalah 16 kategori yang dipertandingkan
- Anugerah Filem Terhebat
- Anugerah Tuan Direktor Terhebat
- Anugerah Direktor Baru Terhebat
- Anugerah Filem Aksi Terhebat
- Anugerah Filem Kelakar Terhebat
- Anugerah Filem Takut Terhebat
- Anugerah Drama Muzikal Terhebat
- Anugerah Hero Terhebat
- Anugerah Heroin Terhebat
- Anugerah Watak Penyangak Terhebat
- Anugerah Lagu Filem Terhebat
- Anugerah Hero Baru terhebat
- Anugerah Heroin Baru terhebat
- Anugerah PFM
- Anugerah Astro First Terhebat
- Anugerah Penaja
Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.
Proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my.
Sepuluh calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan melalui dalam talian dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).
Keputusan akan dikira berdasarkan 50 peratus daripada undian SMS dan 50 peratus lagi dari undian secara dalam talian.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments