Trailer Filem Bisikan Syaitan

Trailer Filem Bisikan Syaitan


Filem Bisikan Syaitan merupakan filem pertama arahan pengarah muda, Faizul A.Rashid di bawah terbitan Lightbulb Pictures.

Ianya mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya(Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.

Filem ini akan ditayangkan pada 25 Oktober 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga