Diana Amir Rahsiakan Majlis Pertunangannya

Diana Amir Rahsiakan Majlis Pertunangannya

Diana Amir telah merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini.

Ini kerana beliau ingin mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkannya untuk dihebohkan majlis pertunangannya melainkan jika berkahwin.

Beliau berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih.

Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.

-Diana Amir-

Tunangnya, Habib kini bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.

Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.

Diana sendiri enggan mencanangkan mengenai hubungannya dengan Habib demi menghormati keselesaan tunangnya itu yang tidak biasa dengan selok-belok dunia hiburan.

Dia dan Habib masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkahwinan kerana mereka mahu mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

One thought on “Diana Amir Rahsiakan Majlis Pertunangannya

Comments are closed.