Episod Kemuncak Musim Pertama Oh My English!

Episod Kemuncak Musim Pertama Oh My English!


Kepada peminat-peminat setia rancangan ‘Oh My English!’.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episod kemuncak musim pertama rancangan popular ‘Oh My English!’ pada 16 September, pukul 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610).

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, episod kemuncak ‘Oh My English!’ akan disiarkan selama sejam dan akan menampilkan barisan pelakon terkenal tanahair.

Kemunculan istimewa Rozita Che Wan dan Tauke Raja Lawak serta penyanyi-penyanyi muda terkenal seperti Altimet, Rabbit Mac, Point Blanc dan juga Ila Damiaa dijangka akan menyemarakkan lagi episod istimewa kali ini.

Dalam episod kemuncak ini,

Mr. Middleton (lakonan Zain Saidin) mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan pulang ke England. Sejurus berita ini diketahui oleh para pelajar di Kelas 3 Merah, mereka amat gusar dan memikirkan cara untuk membuat beliau untuk terus kekal di sekolah itu.

Mereka mendapat idea untuk mencari seorang teman wanita tempatan untuk dijodohkan bersama guru kesayangan mereka semata-mata tidak mahu melihat guru mereka pergi. Adakah mereka akan berjaya menukar fikiran Mr. Middleton? Atau adakah ini merupakan kali terakhir mereka bersama di kelas 3 Merah?

Pastikan akan menonton episod kemuncak ‘Oh My English!’ pada 16 September (hari Ahad) pada jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610). Siaran ulangan akan disiarkan pada hari yang sama jam 2 petang, 6 petang dan 9 malam.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga