Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat mengikat tali pertunangan selepas bercinta selama tiga tahun.
Pada majlis tersebut, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ oleh Farid Kamil.
Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata,
Majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.
Beliau berharap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik.
Beliau sendiri tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.
Pada majlis tersebut, Diana menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
Read more: http://hangat.my/2012/09/04/farid-kamil-selamat-bertunang-dengan-diana-danielle/#ixzz25W8RoMsP
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments