Filem 29 Februari Hanya Kutip RM400,00

Filem 29 Februari Hanya Kutip RM400,00

Filem 3 dimensi (3D) pertama terbitan syarikat KRU Studios, iaitu 29 Februari hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan ini disebabkan faktor ekonomi.

Penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.

Tambahan Norman,

Faktor kekeliruan penonton yang menyangka filem ini sebuah karya patriotik juga turut menyumbang kepada kegagalan meraih sambutan.

Kegagalan ini tidak akan menghalang mereka daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaitu Vikingdom dan Cicakman.

Sebagai seorang usahawan, dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga