Konsert Tentang Bahtera Pada 16 September 2012, Di KL Live

Konsert Tentang Bahtera Pada 16 September 2012, Di KL Live


Konsert Tentang Bahtera bakal berlangsung pada 16 September ini dijadualkan berlangsung di KL
Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, bermula jam 4 petang.

Konsert ini bakal dihangatkan dengan kemunculan Ariel diterbangkan secara eksklusif dari Indonesia.

Ini akan menamatkan penantian peminat muzik tanah air untuk menyaksikan persembahan secara langsung artis tempatan dan Indonesia.

Ianya akan menggabungkan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Perterpan iaitu Noah, 6ixth Sense, The Malayan dan trio Gamaliel Audrey Cantika (GAC).

Apa yang menarik mengenai mereka?

Noah (dulu dikenali sebagai Perterpan)

Tahun 2010 membawa awan hitam kepada mereka apabila dugaan melanda ketika album keenam hampir menjengah pasaran, apabila Ariel terpaksa menerima hukuman penjara, namun itu tidak mematahkan semangat Uki, Reza, Lukman dan David yang tetap sabar menunggu kepulangan Ariel.

Selepas pembebasan Ariel, kumpulan ini berpakat untuk mengubah nama kumpulan mereka kepada Noah.

Kini Noah dengan bangganya mempersembahkan sebuah single terbaru berjudul Separuh Aku yang mendapat sambutan hangat khususnya peminat Peterpan, apatah lagi jumlah tontonan klip video mereka di laman YouTube mencapai jumlah lebih sejuta dalam lima hari sahaja.


6ixth Sense

Baru-baru ini, mereka kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan.

Mereka tampil dengan single pertama menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie.

Album ini menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna, malah penyertaan Saujana dalam album ini diharapkan dapat memudahkan kaedah dakwah yang sememangnya menjadi nadi asas dalam album kerohanian ini.


Gamaliel Audrey Cantika (GAC)

Pasangan adik-beradik Gamaliel dan Audrey Tapiheru, sebelum ini cukup popular di YouTube, malah melambung nama mereka walaupun hanya bermodalkan gitar.

Kehebatan adik beradik ini dikesan oleh Cantika yang merupakan anak perempuan Jean Pattikawa, penyanyi di era tahun 1980-an.

Mereka sepakat untuk bergabung membentuk G.A.C yang bermaksud Gamaliel Audrey Cantika, sekali gus bernaung di bawah naungan label Sony Music Indonesia, manakala bersama Universal Music di Malaysia.

Mereka baru saja muncul dengan single berirama pop berjudul Ingin Putus Saja, sebuah lagu yang ditulis oleh Gamaliel dan Harry Budiman dan dilancarkan di Indonesia November tahun lalu dan mendapat respon meluas di arena seni muzik Indonesia.

The Malayan

Nama baru dalam industri muzik Malaysia, tetapi anggotanya adalah pemuzik berpengalaman, apatah lagi kumpulkan ini dianggotai Andy Flop Poppy yang sangat populars edikit masa lalu.

Bergabung dengan pemain gitar berbangsa Cina, Khian, serta anak sulungnya Megat Danial Azreen (bass) dan Hafis (dram), The Malayan muncul dengan albumnya yang menampilkan lagu popular Aku Bukan Lagenda dan terbaru dengan single Tiga Kali.

Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga