Leuniey Dan Apek Bukan Kawan Biasa

Leuniey Dan Apek Bukan Kawan Biasa

Sejak dua menjak ini, kecoh diperkatakan dilaman blog mahupun media hiburan mengenai kelibat wanita yang selalu bersama dengan penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Wanita tersebut merupakan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey.

Akhirnya teka-teki ini terjawab apabila Leuniey sendiri mengaku hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan biasa.

Namum, beliau tidak mahu mengulas lanjut hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek kerana sebelum ini, beliau merasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka sekadar kawan biasa.

Mereka kini dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Beliau berharap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti mereka kononnya sudah bertunang.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga