Nabila Huda Tak Serik Berkahwin

Nabila Huda Tak Serik Berkahwin

Pelakon Nabila Huda Suhaimi tidak pernah serik untuk berkahwin lain kerana keinginannya untuk menambah bilangan anak.

Tetapi, impian itu terpaksa dipendamkan buat masa ini kerana dia masih belum menemui teman lelaki yang sesuai untuk bergelar calon suami.

Beliau mahukan lelaki yang matang dan berfikiran terbuka, dapat menerima dan menjaga dirinya seadanya.

Nabila yang berstatus ibu tunggal bercerai dengan Zaidi Zailani, pada Ogos tahun lalu ekoran tiada persefahaman selepas tiga tahun berkahwin.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia dua tahun setengah.

Keintimannya dengan pelakon Johan As’ari sering disalah ertikan sebagai pasangan kekasih walaupun mereka hanya kawan rapat.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga