Aktor Fizz Fairuz kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul “Cinta Kau dan Aku” untuk tayangan RTM. Beliau juga bakal terlibat dalam penggambaran filem terbitan KRU Studios dan Kabir Bhatia tidak lama lagi.
- Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman sedang menyiapkan sebuah skrip telefilem berjudul Akar yang akan membariskan pelakon Zahiril Adzim dan Khairil Anhar.
- Pelakon Arja Lee baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 25 episod berjudul Saiful Nitayang kini ditayangkan dalam slot Samarinda pada setiap Selasa hingga Khamis, pada pukul 10.30 malam di TV3. Selain itu, dia turut membintangi drama 13 episod berjudul Syukur Allah untuk TV AlHijrah.
- Nora Danish kini sibuk di lokasi penggambaran filem Legenda Budak Hostel bersama Along dan Angah akan mempersiapkan diri untuk Aku Terima Nikahnya yang bakal dipertontonkan mulai 11 Oktober ini di pawagam
- Neelofa akan terlibat berlakon di bawah arahan Osman Ali tidak lama lagi
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments