Rekativiti Menampilkan Cabaran Kesenian Di Astro TVIQ

Rekativiti Menampilkan Cabaran Kesenian Di Astro TVIQ


Rekativiti, rancangan terbaru yang akan muncul di Astro TVIQ (Channel 610) menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka potensi kreatif mereka dengan melibatkan diri dalam cabaran kesenian yang menyeronokkan.

Rancangan ini diacarakan oleh hos muda ceria Elfira Loy dan Zoey Rahman bertujuan membangkitkan kreativiti dalam golongan muda Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Astro untuk membantu memperkayakan kehidupan melalui kandungan pembelajaran yang berpendidikan dan menyeronokkan.

Ia turut mengambil satu pendekatan unik untuk menekankan kepentingan seni dalam pembangunan kognitif kanak-kanak, dengan meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan komunikasi.


Rekativiti adalah rancangan 8-episod pertandingan seni untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Setiap minggu, peserta muda kami akan mengambil bahagian dalam cabaran yang melibatkan kraf, mewarna, melukis, hiasan dan lukisan dengan menggunakan barangan biasa sehari-hari.

Pada setiap episod, ianya melibatkan tugasan mini dan satu cabaran besar dengan tema yang digabungkan termasuk makanan & minuman, barang kitar semula, dan 1Malaysia.

Rekativiti akan mula siaran dengan episod pertama pada hari Ahad 23 September pada jam 10 pagi di Astro TVIQ, yang akan menampilkan ujibakat peserta muda yang mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran untuk menunjukkan kebolehan kreatif mereka.

Kanak-kanak di rumah juga boleh melawat laman web Rekativiti untuk mengambil bahagian dalam keseronokan
cabaran yang terdapat di rancangan ini.

Laman web ini akan mengandungi maklumat tentang episod Rekativiti semasa dan akan datang; profil hos rancangan, hakim dan peserta; video pendek menunjukkan tip seni dan kraf, serta galeri foto episod mingguan Rekativiti dan aktiviti di belakang tabir.

Jangan lupa untuk menonton episod pertama Rekativiti pada hari Ahad 23 September dan setiap hari Ahad
berikutnya pada jam 10 pagi eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610).

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga