Program Pembentangan Bajet 2013 diterbitkan khas oleh Jabatan Berita Dan Ehwal Semasa TV3 itu menampilkan gandingan penyampai berita Saiful Nizam Ismail dan Gan Ai Leng selaku pengantara program.
Bual bicara tersebut turut menjemput panel khas iaitu Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk D. Noor Azlan Ghazali.
Secara dasarnya, program bual bicara ini akan membincangkan harapan, jangkaan dan insentif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah mengambil kira pandangan orang ramai mengenai isu Bajet 2013.
Menampilkan Norliza Mohd Zain selaku penerbit, program selama tiga jam setengah itu turut membawakan lintas langsung dari Parlimen sebelum dan sewaktu pembentangan belanjawan sehingga selesai sesi Bajet 2013.
Bajet 2013 bakal menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan oleh semua rakyat pelbagai peringkat umur dan bangsa
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments