Selebriti Sokong Kempen Memerangi Kanser Payu Dara Anjuran Avon.

Selebriti Sokong Kempen Memerangi Kanser Payu Dara Anjuran Avon.

Pada 22 September ini dijangkakan hampir 20 ribu lautan manusia berpakaian serba merah jambu bakal berhimpun.

Perhimpunan ini bakal dihadiri beberapa selebriti bagi menjayakan kempen memerangi kanser payu dara anjuran jenama kosmetik iaitu Avon.

Barisan selebriti terlibat seperti Neelofa, Scha Al-Yahya, Soo Wincci, Dynas Mokhtar, Linda Jasmin dan tidak ketinggalan Dato Fazley serta Que Haidar akan turut menyertai kempen besar-besaran tersebut.

Ianya bakal diadakan di Presint 3, Putrajaya bermula jam 7 pagi. Kempen besar-besaran itu terbuka kepada orang ramai dengan bayaran pendaftaran minimum iaitu sebanyak RM40 bagi sama-sama membantu dan memberi harapan kepada pesakit kanser payu dara dikalangan wanita.

Dengan wang pendaftaran berkenaan, peserta bukan sahaja dapat menyertai pesta jalan kaki berkenaan malahan akan diberikan goodies menarik yang berisi kemeja-T merah jambu, bandana, beg, kipas, baucer rebet barangan Avon, menyertai cabutan bertuah dan hadiah misteri lain.

Untuk menyertai anda hanya perlu mendaftarkan di mana-mana butik kecantikan Avon bermula 10 septermber lalu hingag 21 September ini atau layari laman web www.hooha.asia untuk keterangan lanjut.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga