Single Terbaru KRU Didedikasikan Buat Ibu Mereka

Single Terbaru KRU Didedikasikan Buat Ibu Mereka

Norman Abdul Halim memberitahu mereka (KRU) akan melancarkan single terbaru berjudul “Wanita” yang ditujukan khas buat ibu mereka, Zarina Fenner.

Lagu berkenaan ditulis sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim untuk didedikasikan kepada ibu mereka sebagai tanda peringatan jasa dan pengorbanannya selama ini.

Norman memberitahu lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul KRUNOMENA yang bakal berada di pasaran pada November depan.

Dalam masa yang sama single terbaru mereka akan dilancarkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan di laman Youtube sebelum ianya dimainkan di semua stesen radio tempatan.

Bagi melancarkan lagu itu secara serentak di stesen radio mungkin sukar pada masa sekarang. Jadi mereka memilih jalan melancarkannya secara rasmi di laman Youtube.

Mereka juga turut akan melancarkan klip video lagu tersebut sebagai salah satu promosi lagu dan album itu.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga