Siti Nurhaliza Ingin Kurangkan Berat Badan

Siti Nurhaliza Ingin Kurangkan Berat Badan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, ingin menurunkan berat badannya sehingga 55 kilogram (kg).

Sedangkan beliau sudah memiliki berat yang ideal iaitu 58 kg.

Penurunan berat badan itu harus dibuat kerana enggan kelihatan besar apabila tampil di televisyen.

Bagi beliau, walaupun di luar orang nampak dah elok, dia tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen.

Buat masa ini Datuk Siti sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan.

Antara sebab lain dia ingin menurunkan berat badannya ialah sebagai persediaan untuk mengadakan konsert di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang yang akan berlangsung pada 9 November depan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga