Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka


Jom sama-sama kita saksikan pementasan Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka arahan Fasyali Fadzly yang menampilkan Anas Ridzuan (Mentor 6) dan Karl Shafek (MasterChef Selebriti).

Ianya dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka bermula 5 hingga 9 September 2012 pada pukul 8.30 malam.

Teater ini mengisahkan empat sekawan yang sangat akrab. Agus mendapat berita gembira untuk menjalankan tugas di luar negara.

Walaubagaimanapun, dia perlu menyelesaikan hutang PTPTN terlebih dahulu. Dengan meminjam daripada keluarganya yang berada, dia akan membayar sebahagian daripada hutangnya untuk membolehkan dia ke luar negara.

Berita gembira ini disambut oleh tiga rakannya yang lain iaitu Anuar, Fara dan Huda. Mereka semuanya gembira dan menggunakan sebahagian wang yang dipinjamkan oleh keluarga Agus untuk mengadakan sedikit jamuan meraikan berita gembira ini.

Pada hari untuk membayar hutang, Agus kehilangan duitnya.Dia tidak pasti di mana dia meletakkan duitnya itu.Duitnya disyaki hilang. Masing-masing mula menuduh. Nuar, Fara dan Huda mula menunjukkan perangai masing-masing. Persahabatan mereka mula terjejas akibat salah sangka di antara mereka.

Apakah yang akan berlaku pada mereka? Dapatkah Agus membayar hutang PTPTNnya? Dapatkah dia keluar negara demi cita-citanya?

Saksikanlah Kawan-Kawan Yang Kita Suka.

Maklumat lanjut, layari laman Facebook dengan carian Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan Twitter #KawanKawanYangKitaSuka.

Teater ini yang turut menampilkan dua lagi pelakon hebat, Fazleena Hishamuddin sebagai Fara dan Ameera Ramly menghidupkan watak Huda.

Sesiapa yang berminat ingin menyaksikan teater menarik ini boleh mendapatklan pas masuk dengan harga RM30 pada hari persembahan atau menghubungi Ajun di talian 012-2789352.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

2 thoughts on “Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Comments are closed.