Trailer Filem Sembunyi

Trailer Filem Sembunyi


Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun.

Penduduk kampung telah memberikan perlindungan dan disitulah bermulanya kehidupan baru beliau. Tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan rahsia yang misteri.

Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu ialah Azazil.

Penduduk kampung ada membuat perjanjian keamanan dengan makhluk Azazil tersebut namun serangan kembali menghantui kampung tersebut sejak Aishah mula menetap di situ.

Ianya bakal ditayangkan pada 22 November 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga