Yunalis Zarai atau Yuna mula mengakui bahawa beliau kini solo dan tidak meneruskan hubungan cinta dengan Qi Razali.
Yuna turut menafikan bahawa campur tangan pihak ketiga menjadi faktor hubungan mereka berakhir. Keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama.
Mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa. Namun dia dan juga Qi tetap berkawan baik.
Biarpun tiada hubungan istimewa, Yuna masih bertemu Qi. Dia menganggap hubungan baik dengan Qi tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.
Beliau turut merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka. Yuna sendiri mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawabnya kepada keluarga.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments