Betul Ke Fida Ibrahim Kini Kawan Rapat Dengan Zalif Sidek?

Betul Ke Fida Ibrahim Kini Kawan Rapat Dengan Zalif Sidek?

 

Perkembangan menarik tentang Fida Ibrahim yang seakan lama menyepi selepas kontroversi bersama Mamat Sepah tidak berapa lama dahulu.

Selepas tamat kisah cinta bersama Mamat Sepah, Fida Ibrahim ada menyatakan yang beliau sedang mengenali hati budi akan seseorang dari sebelah utara & hubungan seakan serius.

Namun, kenyataan terbaru Fida Ibrahim kepada mStar Online hari ini mengesahkan hubungan beliau bersama VIP dari utara itu semakin renggang kerana status dan juga keadaan.

Berita gembiranya, Fida Ibrahim mengaku sedang berkawan rapat dengan pelakon Zalif Sidek sejak dua bulan lalu setelah melihat kesungguhan jejaka itu untuk berkenalan.
“Kami baru kawan rapat & belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia. Lagipun, masing masing masih solo,” jelas Fida Ibrahim.

Semoga ada sesuatu antara mereka berdua ini kelak.

 

* Sumber Rotikaya

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"