Budak Pailang ala Filem Romper Stomper Malaysia?

Budak Pailang ala Filem Romper Stomper Malaysia?

 

 

Pengarah filem Budak Pailang, Hashim Rejab mengakui filem terbaru arahannya itu mendapat inspirasi daripada filem Inggeris popular daripada Asutralia yang berjudul Romper Stomper.

Walau bagaimanapun, filem aksi pertama arahannya itu telah pun disesuaikan dengan acuan dan budaya masyarakat Malaysia apabila kebanyakan props yang digunakan di dalam filem ini berlawanan seperti apa yang terdapat di dalam Romper Stomper, misalnya penggunaan buah durian, tin sardin dan puntung rokok.

Filem yang menelan belanja RM 1.8 Juta ini akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 November ini.

Filem yang menjalani penggamabran sekitar lembah Klang ini mengisahkan mengenai Badrul (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang budak samseng lepasan sekolah bersama rakan-rakannya Achoi (Epy Raja Lawak), Awang (Zalif Sidek), Dani (Arien Yunus) dan Wandi (Man Rahman).

 

*Sumber dari murai.com.my

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"