Farid Kamil telah mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Diana Danielle sewaktu majlis pra-tonton filem arahan terbarunya iaitu PE3.
Perkara ini bro dengar sendiri dari mulut Farid Kamil dimana pengumumannya dibuat dihadapan penonton yang menghadiri majlis ini.
Pengumuman ini dibuat selepas mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga mengenai tarikh yang dipilih.
Tarikh pernikahan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle akan diadakan pada 3 November 2012.
Satu panggung mengucapkan tahniah diatas khabar gembira yang disampaikan.
Diana Danielle yang turut hadir ke majlis ini untuk memberi sokongan bagi filem terbaru dari tunangnya, Farid Kamil.
Menurut sumber yang diperkatakan oleh Major (K) David Teo selaku pengarah urusan MiG, Diana Danielle selalu hadir disetiap lokasi pengambaraan filem ini.
Dari pihak bro,
Bro harap pasangan serani ini akan kekal bersama dan terus memberi sumbangan dalam industri perfileman di Malaysia.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
2 Comments
Comments are closed.