Filem Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Filem Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah menghasil filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas.

Dan filem ini diberi judul No.1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal.

Ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya mendidik generasi muda.

Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Sheikh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.

Dalam filem ini hanya akan memaparkan sepenuhnya pengalaman Sheikh Muszaphar tanpa melibatkan pelakon lain.

Ia dijangka akan ditayangkan kepada umum pada Mac tahun hadapan.

Terdapat tiga elemen penting dipaparkan dalam filem ini iaitu tentang kebesaran Allah S.W.T, teknologi sains dan pemandangan bumi dari angkasa lepas.

Note : No 1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007.

Sumber : MStar

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga